BULAN MATEMATIK
SK PENGALAT KECIL
TAHUN 2013
(1HB.APRIL.2013 - 30HB.APRIL.2013)
Panitia Matematik SK Pengalat Kecil telah melancarkan Bulan Matematik 2013 peringkat sekolah. Majlis tersebut telah dilakukan semasa perhimpunan. Kreatif betul idea guru-guru Matematik yang diketuai oleh Cikgu Rokayah Binti Pg. Yahya. Mari murid-murid, kita rebut peluang belajar dan mencari ilmu berkaitan Matematik ini dengan bersungguh-sungguh. Pelbagai pertandingan yang telah dan akan diadakan dan begitu banyak pulalah hadiah yang menanti pemenang-pemenangnya. Uji kecerdasan minda, pertandingan menghafal sifir, uji kemahiran mengukur, congak pantas, soalan cepumas, kuiz dan bermacam-macam lagi. Syabas guru-guru Matematik SK Pengalat Kecil. Teruskan usaha anda dan selamat beraktiviti….