Encik Othman Bin Kassim adalah salah seorang guru yang bertugas di SK Pengalat Kecil, Papar. Baru-baru ini beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran @ PK 1 di salah sebuah sekolah di Daerah Papar iaitu SK Daingin. Seluruh warga SK Pengalat Kecil mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga tempat yang baru memberi lebih keceriaan dan kegembiraan kepada beliau. Selamat bertugas di sekolah yang baru Cikgu dan terima kasih atas segala sumbangan yang telah dicurahkan kepada SK Pengalat Kecil selama ini….
No comments:
Post a Comment