Tuesday, November 13, 2012

"SELAMAT TAHUN BARU 1434 HIJRAH"


Selamat tahun baru hijrah 1434 dari kami warga SK Pengalat Kecil, Papar. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada sebelumnya, insyaAllah….. Hijrah menuju Allah!  

(^__^)

Doa Akhir Tahun Hijrah Dan Doa Awal Tahun Hijrah

Sempena hari ini iaitu “Akhir Tahun Hijrah” dan esok “Awal Tahun Hijrah” marilah sama-sama kita membaca doa ini. Semoga Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah yang kita baca ini mendapat berkat dari-Nya.



Monday, November 12, 2012

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR DI SELURUH MALAYSIA


Assallammualaikum wbt…. Salam sejahtera buat semua… selamat bercuti buat semua pelajar dan guru di mana saja berada…..
(^__^)


SELAMAT BERTUKAR KE SEKOLAH YANG BARU USTAZAH FIDA ZUHAILA BINTI ZAKARIA

Ribuan terima kasih diucapkan diatas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Ustazah Fida Zuhaila Binti Zakaria yang akan berpindah keluar dari SK Pengalat Kecil, Papar mulai 10hb November 2012 ke sekolah yang baru iaitu SK Putrajaya Presint 9 (1), salah sebuah sekolah Bestari (smart school) yang juga telah diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah kluster yang terkenal di Malaysia. Selamat bertugas di sekolah yang baru. Semoga ustazah lebih cemerlang dan lebih gembira berada di sana nanti… Amin…