Friday, August 3, 2012

TAHNIAH UNTUK CIKGU OTHMAN BIN KASSIM.....

Encik Othman Bin Kassim adalah salah seorang guru yang bertugas di SK Pengalat Kecil, Papar. Baru-baru ini beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran @ PK 1 di salah sebuah sekolah di Daerah Papar iaitu SK Daingin. Seluruh warga SK Pengalat Kecil mengucapkan tahniah  dan mendoakan semoga tempat yang baru memberi lebih keceriaan dan kegembiraan kepada beliau. Selamat bertugas di sekolah yang baru Cikgu dan terima kasih atas segala sumbangan yang telah dicurahkan kepada SK Pengalat Kecil selama ini….



PROGRAM MOTIVASI UNTUK TAHUN 6 (2012)

Pada 2hb.Ogos baru-baru ini, satu program motivasi untuk pelajar-pelajar tahun 6 di SK Pengalat Kecil telah diadakan dan dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Pengalat Kecil diketuai oleh Ustaz Roslin Bin Saidi dengan kerjasama semua guru-guru tahun enam. Penceramah jemputan dalam majlis ini adalah Encik Anidin Bin Mohd. Nor, Ustaz Azlansyah Bin Jamil, Encik Hisyammirul Unsud Bin Abdullah dan Ustaz Roslin Bin Saidi sendiri. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menarik minat pelajar serta memberi motivasi kepada mereka untuk mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR yang bakal berlangsung tidak lama lagi…