Saturday, August 4, 2012

Selamat Bertugas Di Sekolah Baru, Cikgu Haszmir....








Seorang lagi guru yang bertugas di SK Pengalat Kecil, Papar telah berpindah ke sekolah lain iaitu ke SK Sacred Heart, Biau beberapa hari yang lalu. Beliau adalah Encik Haszmir Bin Mohd. Hassan yang merupakan guru data dan guru penyelaras SMM di sekolah ini. Selain dari itu beliau turut  mengajar subjek Matematik  di kelas  tahun tiga dan tahun lima. Seluruh warga SKPK mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru kepada beliau dan mendoakan semoga kejayaan dan kecemerlangan sentiasa mengiringi setiap langkah beliau di mana sahaja beliau berada… Amin…