Friday, November 8, 2013

"Lawatan Murid-Murid Tahun 6 Ke Ladang Teh, Ranau" (09.November 2013 – 10.November.2013)

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah (08hb.November.2013)

Satu ceramah Maal Hijrah peringkat sekolah telah diadakan pada  hari Jumaat bersamaan 8 November 2013 bertempat di Surau SK Pengalat Kecil, Papar. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Roslin Bin Saidi dan Ustaz Azlansyah Bin Jamil. Ceramah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam10.30 pagi. Selain dari itu, majlis bacaan Yassin dan pertandingan membaca Al-quran telah turut diadakan. Peserta-peserta yang telah memenangi pertandingan telah diberikan  penghargaan berupa wang dan hadiah. Semua guru dan pelajar yang beragama Islam di SKPK telah pun bersama-sama menghadirkan diri di dalam majlis ini.

Wednesday, October 16, 2013

Peperiksaan Akhir Tahun

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN  : 21.10.2013 - 25.10.2013


Selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar SK Pengalat Kecil. Semoga anda akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan pada kali ini.

Thursday, June 27, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG 

SK PENGALAT KECIL, PAPAR

TARIKH : 29 JUN 2013 ( SABTU )

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN KAMPUNG PENGALAT KECIL, PAPAR

(^__^) Jemputlah datang beramai-ramai kerana hadiah-hadiah menarik disediakan untuk Cabutan Tiket Bertuah (^__^)

Wednesday, June 5, 2013

"Salam Israk Mikraj To All Malaysian Muslims"





Firman Allah SWT,
  
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. 
Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Salam Israk Mikraj semoga kita menginsafi dan meningkatkan keimanan mengenai kebenaran al-Quran dan ajaran dibawa Rasulullah SAW.
  



Sunday, May 26, 2013

"Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2013"



 Majlis Bacaan Doa....





 Menyanyi lagu "Negaraku" & "Sabah Tanah Airku"

 

 Ucapan Guru Besar - Pn Saaeyah Binti Kamiran...




 Menyanyi lagu "Kami Guru Malaysia"


 Bacaan ikrar Hari Guru....














 Deklamasi sajak oleh Pn Rkayah Binti Pg Yahya....









Nyanyian duet antara Pn. Felicia dan Pn Wanda.....



 Guru Paling Popular Tahun 2013 - Ustaz Roslin Bin Saidi.....

 Potluck Hari Gruru Tahun 2013

 Potluck Hari Guru....