Saturday, September 15, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA YANG KE-49 TAHUN

Kita akan menyambut Hari Malaysia tidak lama lagi iaitu pada 16hb.September.2012. Dengan itu kami warga SK Pengalat Kecil ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-49 kepada seluruh rakyat Malaysia bersempena pembentukan Persekutuan Malaysia yang menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Pembentukan Malaysia ini merupakan satu kejayaan besar yang menyatukan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Semestinya kejayaan ini diteruskan dengan kejayaan menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia juga melalui konsep "Satu Malaysia". 

 Salam Ukhuwah Untuk Semua....