Thursday, September 20, 2012

PROGRAM PENGURUSAN PEMENTORAN KPM

Program ini telah diadakan pada 20hb.September.2012 bersamaan dengan hari Khamis bertempat di makmal komputer SK Pengalat Kecil, Papar. Ianya bermula tepat pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang. Tujuan program ini diadakan adalah  untuk  mengimbau semula sejarah perjuangan tokoh-tokoh negara dalam usaha mendapatkan kemerdekaan bagi Malaysia yang kita cintai. Ceramah telah disampaikan sendiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Papar, Encik Abidin Bin Marjan dan dibantu oleh Ustaz Ismail Bin Bidin.