Wednesday, October 31, 2012

PROGRAM PENGUKUHAN KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1-6 2012 (31/10/2012)


Solat ialah Rukun Islam yang kedua. Ianya merupakan perintah ALLAH S.W.T. kepada manusia yang wajib dilaksanakan dan mempunyai hikmah dalam mengerjakannya. Justeru itu, Guru-guru J-Qaf  SK Pengalat Kecil, Papar  telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Pengukuhan Kem Bestari Solat 2012 yang merupakan salah satu dari program tahunan J-Qaf yang wajib dijalankan di peringkat sekolah.. Aktiviti ini melibatkan seramai 220 peserta di kalangan murid sekolah  dari tahun 1 hingga tahun 6. Guru-guru J-QAF SK Pengalat Kecil lah yang telah bertungkus-lumus melaksanakan aktiviti yang amat bermakna ini hingga membawa kepada pemantapan pelaksanaan program j-QAF di sekolah. 
 
Syabas juga kepada pihak sekolah di atas penganjuran program ini. Program seumpana ini jelas menunjukkan kolaborasi antara warga guru j-QAF dan Pendidikan Islam serta guru-guru yang lain di SK Pengalat Kecil.
 
Tahniah guru-guru J-Qaf SK Pengalat Kecil. Teruskan usaha yang suci dan murni ini agar dapat melahirkan insan-insan cilik yang akan membesar menjadi hamba-hamba Allah yang beriman yang akan sentiasa menegakkan tiang agama pada setiap ketika.
(^__^)