Wednesday, October 24, 2012

Kem Membaca 1Malaysia / 1Malaysia Reading Camp (24/10/2012)

Kem Membaca 1Malaysia telah dijalankan dengan jayanya pada pagi tadi. Kali ini, para pelajar didedahkan dengan lebih banyak bahan bacaan termasuk dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, sains, buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen.  Mereka telah membaca selama 1 jam dan kemudian diminta mengulas apa yang telah mereka baca.
Program Kem Membaca 1Malaysia yang telah dijalankan serentak di seluruh negara  ini merupakan program yang amat baik kerana ia membantu menyemai budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda. Ia juga membantu kanak-kanak mengasah kemahiran membaca dan seterusnya mereka boleh menggunakan kemahiran membaca ini untuk mencari ilmu pengetahuan yang baru. Secara tidak langsung melalui pembacaan juga dapat mendidik kanak-kanak untuk menjadi pencinta budaya membaca untuk sepanjang hayat mereka memandangkan membaca bukan hanya dapat memberi ilmu tapi banyak lagi manfaat yang lain. Membaca membantu mengembangkan kebolehan kanak-kanak untuk berkomunikasi dan juga membantu mereka mengembangkan daya imaginasi. Selain dari itu, membaca mampu memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak, memperbaiki ejaan mereka dan membantu mereka memahami serta mengalami secara tidak langsung pelbagai pengalaman dalam kehidupan melalui pembacaan.

(English Translation )
This morning saw the Reading Camp 2012 moving into the next phase which was the  reading of  not only Malay story books but also English story books as well and the science fiction and nonfiction science books.  Pupils  were given many fiction and nonfiction books in both languages  to read for 1 hour and then they were asked to report what they had read.
The implementation of KM1M throughout the country  can help instill the reading culture among the people especially the younger generation. It will also help children learn to read so that they can read to learn and become lifelong lovers of reading as reading is more than just acquiring knowledge. It expands children ability to communicate and their capacity for imagination. It expands children vocabulary, improves their spelling, and helps them to understand different experiences of life.
Photos showing the event.
“Reading a book is like re-writing it for yourself. You bring to a novel, anything you read, all your experience of the world. You bring your history and you read it in your own terms.”
 - Angela Carter