Friday, November 8, 2013

"Lawatan Murid-Murid Tahun 6 Ke Ladang Teh, Ranau" (09.November 2013 – 10.November.2013)

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah (08hb.November.2013)

Satu ceramah Maal Hijrah peringkat sekolah telah diadakan pada  hari Jumaat bersamaan 8 November 2013 bertempat di Surau SK Pengalat Kecil, Papar. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Roslin Bin Saidi dan Ustaz Azlansyah Bin Jamil. Ceramah bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam10.30 pagi. Selain dari itu, majlis bacaan Yassin dan pertandingan membaca Al-quran telah turut diadakan. Peserta-peserta yang telah memenangi pertandingan telah diberikan  penghargaan berupa wang dan hadiah. Semua guru dan pelajar yang beragama Islam di SKPK telah pun bersama-sama menghadirkan diri di dalam majlis ini.