Friday, January 25, 2013

"TAKLIMAT SARANA IBUBAPA DAN SARANA SEKOLAH PERINGKAT SK PENGALAT KECIL"


Sebagaimana yang telah dirancang, hari ini berlangsunglah Taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat SK Pengalat Kecil, Papar. Taklimat diadakan di makmal komputer sekolah dengan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Papar, semua guru dan YDP PIBG serta ibubapa para pelajar.

Selepas ucaptama oleh Puan Saaeyah Binti Kamiran; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengalat Kecil, telah diadakan pula ceramah mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sekolah serta program-program kelolaan Jabatan Pelajaran Sabah  dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengerusi PIBG, Encik Mudin Bin Madin dan Puan Guru Besar serta Pegawai-pegawai Penyelia dari Pejabat Pelajaran Daerah Papar juga telah menyampaikan makluman KPM berkaitan sarana ibu bapa dan sarana sekolah ini kepada semua peserta sebagaimana yang dirancang.
Aktiviti bengkel selepas rehat  ternyata telah menjana pelbagai idea dan ketrampilan oleh pembentang-pembentang. Sesungguhnya sarana ini mempunyai hasrat murni KPM dalam memperkasakan PIBG di samping untuk meningkatkan pencapaian murid dan sekolah hasil perhubungan rapat antara sekolah dan ibu bapa. Marilah kita sama-sama meningkatkan persefahaman antara kedua-dua pihak demi kegemilangan pendidikan anak-anak kita.













MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PENGALAT KECIL, PAPAR

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Jan 2013 bertempat di Dewan Terbuka SK Pengalat Kecil, Papar. Murid-murid telah berkumpul di dewan seperti yang telah diarahkan. Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh pengerusi majlis Ustaz Mohd Nur Hakimi Bin Razana diikuti dengan bacaan doa yang juga telah diketuai oleh beliau. Seterusnya murid-murid berselawat bersama-sama dengan guru-guru dan para hadirin yang lain.Ustaz Mohd Azlansyah Bin Jamil pula telah menyampaikan ceramah bertajuk “Kisah hidup Rasullullah”. Majlis berakhir setelah pelajar-pelajar dari semua kelas menyampaikan persembahan nasyid mereka masing-masing....